Notis privasi data - malay

Mengapakah perlunya notis privasi am?

Apabila Association of Chartered Certified Accountants dan entiti gabungannya (bersama 'ACCA', 'kita', atau 'kami') mengumpul maklumat anda, kami dikehendaki menurut undang-undang untuk berlaku adil dalam memaklumkan kepada setiap individu tentang cara maklumat mereka diurus dan tentang hak-hak mereka. Namun demikian, yang lebih penting daripada itu, kami ingin bersikap telus, terbuka dan beretika dalam amalan-amalan kami.

Notis perlindungan data ini memberi maklumat tentang cara kami menggunakan data peribadi berkaitan dengan bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada, pekongsi kami dan individu lain yang menjalankan perniagaan dengan kami (juga dirujuk dalam notis ini sebagai ‘anda’), termasuk:

  • Ahli, ahli gabungan, pelajar berdaftar dan calon pelajar ACCA
  • pelanggan majalah ACCA dan penerbitan lain
  • wakil dari majikan pelajar dan ahli-ahli
  • wakil bagi organisasi pekongsi dan pembekal perkhidmatan
  • pedaftar bagi kursus latihan pembangunan profesional lanjutan atau acara lain
  • penderma dan pemberi pinjaman sebagai sebahagian daripada dana kebajikan kami
  • pengadu dan penanya

Senarai entiti gabungan ACCA yang berkaitan dengan notis ini dan aktivitinya disertakan di dalam lampiran notis ini.

Kami mempunyai Notis Privasi berasingan untuk kakitangan, pekerja kami dan mereka yang berhasrat untuk menjadi pekerja kami, yang boleh diakses ketika memohon pekerjaan dengan ACCA.

Saya di ubah hala ke sini dari notis privasi lain. Mengapa?

Kami cuba memberikan anda semua maklumat yang anda perlukan pada titik pengumpulan, dengan menyesuaikan notis privasi khusus pada produk atau perkhidmatan yang anda ingin ambil.

Walau bagaimanapun, kadang kala adalah mustahil untuk memberikan kesemua maklumat kepada anda dalam ruang yang kecil, atau untuk memberitahu anda segala-galanya secara terperinci seperti yang anda inginkan. Dalam keadaan demikian, kami mengubah hala anda ke notis yang lebih panjang, yang menggariskan pendekatan umum pada privasi (tetapi tidak mengandungi perincian bagi produk atau perkhidmatan), yang anda boleh baca di masa terluang anda.

Ini agak keterlaluan. Bolehkah anda memendekkannya?

Kami cuba untuk menggunakan bahasa yang mudah difahami di seluruh bahagian seterusnya, tetapi ada banyak perincian yang perlu disampaikan, yang juga penting untuk anda fahami.

Jika anda mahukan pendekatan yang lebih berdasarkan prinsip bagi tujuan am merangkumi privasi kami, anda harus membaca janji privasi kami dan anda sentiasa boleh menavigasi terus ke bahagian atau persoalan yang anda hajati.

Mengapakah ACCA menyimpan maklumat tentang saya?

Kami hanya akan memproses data peribadi di mana kami mempunyai asas yang sah untuk berbuat demikian.

Asas bagi memproses data peribadi anda itu berbeza-beza dan bergantung kepada tujuan aktiviti kami mengumpulnya. Dalam sesetengah keadaan, kami mungkin ada lebih daripada satu asas yang sah untuk memproses data.

Maklumat di bawah meringkaskan asas berkenaan cara kami memproses maklumat peribadi.

Ringkasan asas sah yang digunakan oleh ACCA adalah:

  • Kepentingan umum: ACCA merupakan sebuah badan kawal selia yang memproses data peribadi untuk melindungi ahli masyarakat dan untuk kepentingan awam. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penyenggaraan Direktori Ahli, Aktiviti Kawal Selia, dan Tindakan Penyiasatan dan Disiplin ke atas Ahli-ahli.
  • Kontrak: ACCA memproses data peribadi dan ini perlu untuk prestasi sesebuah kontrak yang mungkin melibatkan anda sebagai satu pihak, atau yang mungkin melibatkan anda. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada keahlian, peperiksaan, perkhidmatan kerjaya dan pelangganan ACCA.
  • Kewajipan undang-undang: ACCA memproses data peribadi yang perlu untuk mematuhi kewajipan undang-undangnya. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, menyediakan maklumat peribadi kepada pengawal selia, agensi penguatkuasaan undang-undang dan badan berkanun.
  • Kepentingan sah: ACCA memproses data peribadi untuk memenuhi kepentingan sah sebagai sebuah pertubuhan profesional dan pengawal selia Akauntan Berkanun (Chartered Accountants). Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada menjawab pertanyaan umum, membantu para pelajar, ahli-ahli dan pekongsi kami, dan mempertingkatkan perkhidmatan kami berkaitan dengan Pembangunan Profesional Lanjutan, latihan dan pekerjaan mereka.
  • Persetujuan: ACCA memproses data peribadi yang telah mendapat persetujuan daripada anda untuk berbuat demikian.

Pentadbiran rekod ‘studentship’ dan keahlian

Kami akan menyimpan data peribadi berkaitan dengan ahli, ahli gabungan dan pelajar berdaftar untuk mentadbir keahlian dan ‘studentship’ dengan ACCA dan mematuhi kewajipan kawal selia kami. Dalam sesetengah kes, maklumat perincian asal etnik juga diberi secara sukarela oleh ahli-ahli, ahli gabungan dan pelajar berdaftar untuk dikaji berkenaan kesamaan atau peluang layanan.

Latihan dan peperiksaan

Kami akan menggunakan maklumat anda untuk mentadbir kursus serta peperiksaan dan memantau kadar lulus dan prestasi pembekal pembelajaran, termasuk juga pelajar ACCA. Kami mungkin juga akan menggunakan maklumat sensitif untuk menentukan kelayakan anda untuk peruntukan khusus untuk memberi bantuan kepada anda sebagai sebahagian daripada peperiksaan dan untuk mematuhi pelbagai perundangan kesamaan dan ketidakupayaan. Sila ambil perhatian bahawa sesetengah peperiksaan boleh diambil secara elektronik dan dengan itu, mungkin memerlukan pengumpulan maklumat tambahan untuk tujuan pemprosesan elektronik.

ACCA Exchange

Perkhidmatan ini ditawarkan kepada majikan dan pembekal pembelajaran. Ia membolehkan mereka untuk memuat naik butiran pelajar ACCA yang mereka ambil bekerja dan/atau latih, dan memantau status dan keputusan peperiksaan. ACCA menghendaki majikan dan pembekal pembelajaran sedemikian untuk mendapatkan persetujuan anda sebelum memasukkan butiran anda dalam perkhidmatan ini.

ACCA Learning Community

Kami akan menggunakan data peribadi anda untuk mengesahkan pendaftaran bagi perkhidmatan komuniti pembelajaran ACCA.

Continuing Professional Development (CPD) dan kursus-kursus lain

ACCA menawarkan kursus latihan CPD dan lain-lain acara latihan, dalam atau luar talian, bagi ahli-ahli serta bukan ahli dan kami memerlukan maklumat anda untuk mentadbirkan kursus sedemikian. Kami akan menggunakan maklumat anda untuk membuktikan dan mengesahkan pengalaman pekerjaan anda sebagai sebahagian daripada kemajuan keahlian anda.

ACCA Connect

Kami akan menggunakan maklumat anda untuk membalas pertanyaan dan memenuhi permintaan anda. Komunikasi anda dengan ACCA, termasuk dalam talian, melalui e-mel, mesej teks (SMS), melalui pusat hubungan pelanggan ACCA (atau sebaliknya) mungkin akan dirakam dan disimpan untuk digunakan untuk tujuan latihan dan penyimpanan rekod. Rekod boleh digunakan untuk memantau mutu bantuan yang diberi dan menentusahkan hal yang dibincangkan.

Jika anda mengirim atau berinteraksi dengan kami melalui media sosial, kami mungkin akan menggunakan maklumat anda untuk menghubungi anda berkaitan dengan pertanyaan tersebut, kami tidak akan menggunakannya untuk tujuan pemasaran atau komunikasi lanjut, kecuali anda memberikan persetujuan untuk kami berbuat demikian. Kami mungkin berkongsi maklumat dengan pembekal kami untuk membantu anda.

Komunikasi (termasuk pemasaran)

Kami menggunakan maklumat anda untuk tujuan pemasaran dan untuk mengirim komunikasi relevan kepada anda berkenaan kelayakan, produk serta perkhidmatan kami dan apa-apa acara yang berkaitan. Kami mungkin akan menggunakan butiran hubungan untuk menghantar pek pendaftaran atau maklumat, sokongan pembelajaran dan bahan perekrutan, tinjauan, soal selidik, undangan berkenaan rundingan berdasarkan ACCA, butiran kursus dan acara ACCA atau untuk memberitahu anda tentang apa-apa pengemaskinian dan perubahan pada produk dan perkhidmatan ACCA.

Anda berhak untuk menarik balik persetujuan anda untuk perkara ini pada bila-bila masa, dan kami akan memastikan proses pembatalan adalah semudah yang mungkin.

Kami juga menggunakan maklumat anda untuk kempen media sosial khalayak tersuai, seperti maklumat berkenaan tarikh peperiksaan pelajar, tarikh akhir langganan ahli dan tujuan utama lain. Ini membolehkan kami memberikan maklumat paling relevan kepada anda menerusi seluruh saluran kami.

ACCA mungkin juga menghantar surat menyurat bagi pihak ketiga (tanpa mendedahkan butiran anda kepada pihak ketiga sedemikian), tertakluk kepada persetujuan anda. Persetujuan boleh diminta pada borang pendaftaran ACCA atau diminta secara berasingan oleh ACCA. Sila maklumkan kami jika anda tidak mahu menerima (atau mahu menukar cara penerimaannya) sebarang bahan di atas (lihat Bagaimanakah cara untuk mendapatkan salinan data atau mengemas kini keutamaan saya? di bawah).

Kami tidak akan menyampaikan maklumat anda kepada pembekal pemasaran lain dan kami tidak akan menjual maklumat anda kepada mana-mana pihak ketiga.

Penerbitan

Kami akan menggunakan maklumat anda untuk mengurus langganan penerbitan majalah ACCA, Accounting & Business, Accounting Link, Finance Matters, Student Accountant, dan Teach Accounting. Sila hubungi ACCA jika anda ingin menukar format cara anda menerima penerbitan sedemikian, cth. secara elektronik atau salinan cetak (lihat Bagaimanakah cara untuk saya dapatkan salinan data atau mengemaskinikan keutamaan saya? di bawah).

Kami mungkin juga menggunakan maklumat, yang telah anda berikan kepada kami secara eksplisit ketika menyertai program kempen ACCA, dalam penerbitan dalaman dan luaran untuk mempromosikan ACCA untuk tujuan kegunaan awam dan pengiklanan. Kami akan sentiasa memberitahu anda semasa menyertai kempen awam dan akan mendapatkan persetujuan eksplisit daripada anda sebelum menggunakan maklumat anda. Contoh kempen ini adalah program kempen duta dan kepimpinan atau temu duga yang dibuat dalam acara umum.

Tingkah laku profesional

Kami akan menggunakan maklumat anda bagi tujuan pertanyaan, penyiasatan dan aduan berkaitan dengan ahli-ahli dan pelajar berdaftar (atau bakal dan bekas pelajar). Hal sedemikian mungkin bersifat sensitif dan ACCA mengehadkan akses dalaman pada maklumat kepada pasukan yang bertanggungjawab untuk menjalankan penyiasatan dan menyelesaikan hal-hal yang berkaitan. Sungguhpun begitu, sila ambil perhatian bahawa perbicaraan disiplin dan keputusan mungkin akan diumumkan kepada orang ramai.

Peraturan firma

Kami akan menggunakan maklumat peribadi wakil individu yang dilantik bagi firma dan organisasi lain sebagai sebahagian daripada aktiviti kawal selia kami, termasuk aktiviti untuk tujuan pemantauan.

Pengurusan hubungan pekongsi

Kami akan menggunakan maklumat peribadi bagi individu wakil firma dan organisasi lain yang dilantik sebagai sebahagian daripada aktiviti pengurusan hubungan pekongsi kami, termasuk permohonan akreditasi serta majikan lulus dan pekongsi pembelajaran.

Dana Kebajikan

Maklumat tambahan tertentu mungkin dikumpul daripada ahli-ahli dan tanggungan yang merupakan benefisiari bagi ACCA Benevolent Fund. Maklumat lanjut berkenaan penggunaan dan pendedahan data anda akan diberikan kepada anda jika anda memohon untuk mendapatkan Dana tersebut.

Simpson Scholarship Fund

Maklumat tambahan tertentu boleh dikumpul daripada pelajar sedia ada yang memohon untuk mendapatkan Simpson Scholarship Fund. Apabila permohonan dibuat, kami akan menggunakan maklumat ini untuk menilai kelayakan anda untuk mendapatkan bantuan peperiksaan dan yuran langganan pelajar. Lebih banyak maklumat berkenaan penggunaan dan pendedahan data anda akan diberikan kepada anda jika anda memohon untuk mendapatkan Dana biasiswa ini.

Apakah jenis data peribadi saya yang akan dikumpul oleh ACCA?

Kami memproses maklumat berkaitan dengan sebab-sebab dan/atau tujuan di atas. Maklumat ini mungkin termasuk:

  • butiran peribadi
  • butiran hubungan dan keutamaan
  • butiran pembayaran
  • keluarga, gaya hidup
  • ID bergambar
  • butiran keahlian
  • butiran aduan
  • butiran kewangan
  • butiran pengajian dan pekerjaan.

Butiran mungkin termasuk nama, butiran hubungan, nombor ID keahlian, kewarganegaraan, tarikh lahir, tarikh penggabungan, keahlian atau fellowship, dan butiran sesi peperiksaan, termasuk keputusan kursus, pembayaran, pertanyaan dan aduan.

Kami juga memproses maklumat berunsur sensitif yang mungkin termasuk:

  • keadaan sosial
  • butiran kesihatan fizikal dan mental
  • bangsa atau asal etnik
  • rekod jenayah.

Butiran mungkin termasuk sijil perubatan, bukti pendapatan dan butiran yang menyokong peringanan keadaan.

Alamat IP

Jika anda melayari laman sesawang kami, kami akan mengumpul maklumat tentang alamat Protokol Internet (IP) bagi peranti yang anda guna untuk mencapai laman tersebut untuk membantu kami memantau tahap aktiviti dan perkhidmatan yang kami sediakan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lihat notis kuki laman sesawang kami (Bahasa Inggeris).

Bagaimanakah cara ACCA mengumpul maklumat?

Kami akan mengumpul data terus daripada anda (sebagai contoh, daripada borang pendaftaran, borang perubahan butiran, di pesta serta acara dan melalui laman sesawang kami) dan akan menghasilkan data secara dalaman (cth. Semasa kami memberikan anda ID ACCA atau memberi keputusan peperiksaan).

Di mana kami mengumpul maklumat, sama ada melalui laman sesawang, panggilan telefon, atau borang manual, kami sediakan pada titik pengumpulan yang lebih disesuaikan dan notis privasi khusus yang menjelaskan maklumat relevan bagi produk atau perkhidmatan dan justifikasi pengumpulan data itu perlu.

Kami mungkin juga mengumpul sesetengah data daripada sumber luar. Sebagai contoh:

  • Majikan dan pembekal pembelajaran mungkin memberi ACCA maklumat yang berkaitan dengan ahli-ahli dan pelajar yang bekerja dengan dan/atau melatih mereka, termasuk di mana mereka mendaftarkan kursus
  • Pembekal perkhidmatan ACCA (cth. pemeriksa dan pengawas peperiksaan) akan menghantar maklumat kepada ACCA berkaitan perkhidmatan yang mereka sediakan
  • Orang ramai boleh memberi maklumat kepada ACCA berkaitan dengan aduan dan/atau penyiasatan.

Dimanakah data saya akan disimpan?

Sistem maklumat utama ACCA terletak di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) dan boleh dicapai oleh pasukan perkhidmatan pelanggan ACCA, yang mungkin terletak di pusat hab wilayah.

Kami memproses maklumat dalam EEA, tetapi mungkin juga memindah data keluar EEA kepada pembekal kami sebagai sebahagian daripada operasi dan penyampaian perkhidmatan kami. Pasukan lain dalam ACCA mungkin perlu untuk mengakses, mengguna dan menyimpan data anda dalam keadaan tertentu untuk tujuan yang tersenarai di atas, untuk berkomunikasi dengan anda berkaitan dengan latihan atau peperiksaan atau untuk menyiasat sesuatu kejadian atau aduan.

Jika anda adalah seorang ahli atau pelajar yang berada di luar negara, maklumat anda boleh diakses oleh pejabat negara ACCA di negara anda dan penyelenggaraan rekod setempat dapat dibuat (tertakluk kepada perundangan tempatan).

Sesetengah pekongsi atau pembekal perkhidmatan, atau vendor teknologi mungkin menghantar maklumat dari luar EEA ke dalam bidang kuasa di mana undang-undang privasi, kewajipan dan hak-hak mungkin berbeza. Bagi pemindahan sedemikian, kami akan sentiasa memastikan bahawa pemeriksaan jaminan dan langkah-langkah wajar dibuat untuk melindungi privasi anda dan kami juga akan memberitahu anda berkenaan hal ini dalam notis privasi yang khusus bagi produk atau perkhidmatan tersebut, jika berkenaan.

Bagi pelanggan di Rusia sahaja

Pada peringkat permulaan, maklumat anda akan dikumpul dan disimpan di wilayah Persekutuan Rusia dan kemudiannya dipindahkan ke sistem maklumat utama kami seperti yang dijelaskan di atas, berdasarkan persetujuan eksplisit yang diberikan oleh anda.

Bagaimanakah cara saya memastikan maklumat saya dikemas kini dan tepat?

Sila ambil perhatian bahawa adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memaklumkan kami tentang apa-apa perubahan butiran hubungan anda semasa ‘studentship’ atau keahlian dengan ACCA dan memberitahu kami berkenaan kursus yang anda hadiri untuk memenuhi syarat-syarat lanjutan CPD. Kami berusaha untuk menyediakan swa khidmat di mana mungkin agar anda dapat menyemak dan mengemas kini maklumat anda sendiri pada masa terluang anda melalui portal myACCA.

Jika anda tidak mempunyai akaun di portal myACCA, anda boleh menghubungi kami melalui pusat hubungan kami untuk mengemas kini maklumat anda.

Adakah data saya akan diberikan kepada orang lain?

Pembekal perkhidmatan

ACCA menggunakan perkhidmatan daripada beberapa pembekal perkhidmatan pihak ketiga untuk menjalankan aktiviti yang dijelaskan di atas, sebagai contoh, untuk menghantar surat menyurat atau untuk mengendali atau mentadbir peperiksaan. ACCA memerlukan pembekal perkhidmatan sedemikian untuk menggunakan data peribadi anda hanya untuk tujuan perkhidmatan yang diperlukan.

Skim usahasama pekongsi & badan profesional lain

Di sesetengah negara, ACCA mengendalikan skim kelayakan bersama dengan pihak ketiga. ACCA serta skim usahasama dan badan profesional lain perlu berkongsi maklumat antara satu sama lain untuk mengendalikan skim tersebut.

Penaja Acara

ACCA mungkin mengatur acara seperti webinar, sesi CPD, persidangan dan pameran kerjaya yang mungkin ditaja oleh organisasi atau pekongsi lain, dan untuk mentadbir acara ini, mereka mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan penaja-penaja ini.

Perkongsian Oxford Brookes

Apabila menjadi seorang pelajar ACCA, anda akan didaftarkan secara automatik bagi ijazah BSc ‘Oxford Brookes’ sebagai manfaat bagi pengajian anda. Dengan itu, kami berkongsi maklumat dengan Universiti Oxford Brookes. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari bahagian Oxford Brookes BSc in Applied Accounting programme kami.

Untuk mendapatkan butiran lanjut berkenaan cara Oxford Brookes menggunakan data peribadi anda, sila rujuk kepada dasar privasi mereka.

Pekongsi ACCA Exchange

Maklumat tertentu, seperti nama dan keputusan peperiksaan anda akan dikongsi bersama majikan dan pembekal pembelajaran yang menerima perkhidmatan ini, tertakluk setelah mendapat persetujuan anda.

Perkhidmatan keputusan pembekal pembelajaran

Sesetengah pembekal pembelajaran melanggan kepada ‘perkhidmatan keputusan’ ACCA, yang mana mereke boleh mengakses keputusan peperiksaan pelajar yang mereka latih untuk memantau prestasi kadar kelulusan mereka. Pembekal pembelajaran anda dikehendaki untuk memaklumkan anda secara berasingan jika mereka menggunakan data dengan cara ini. Pembekal pembelajaran lain mungkin diberi keputusan pelajaran anda yang mana persetujuan telah diberi oleh anda untuk berbuat demikian.

Majikan berakreditasi Continuing Professional Development (CPD)

ACCA mungkin akan menghubungi majikan berakreditasi bagi tujuan CPD untuk menentusahkan pekerjaan anda dengan mereka dan/atau untuk mengesahkan akreditasi mereka sebagai pembekal CPD.

Majikan Lulus

Jika ada bekerja dengan sesebuah organisasi, yang merupakan ahli kepada skim majikan lulus ACCA, ACCA akan mungkin menghubungi dengan majikan anda dan memberikan butiran berkaitan untuk mengesahkan rekod pengalaman anda atau memberi anda peluang untuk menerima faedah ahli tambahan (cth. kursus latihan). Pihak majikan mungkin akan diberikan keputusan pelajar anda, di mana persetujuan telah diberi oleh anda untuk berbuat demikian.

Orang awam

ACCA dikehendaki untuk menerbitkan maklumat pelanggan di dalam direktori ahli dan buku berdaftar berkaitan dengan akreditasi perakaunan. Kami mungkin juga memasukkan butiran ahli gabungan dan ahli-ahli kami (termasuk nama dan negara di mana mereka berada) di dalam senarai yang akan diterbitkan di dalam penerbitan yang bersesuaian, seperti Accountancy Age dan Financial Times di UK dan penerbitan kewangan dan perakaunan yang serupa di luar negara. Disamping itu, perbicaraan disiplin dan keputusan mungkin akan diumumkan.

Penentusahan butiran dan bantuan majikan

Jika anda adalah seorang pelajar, ahli gabungan, atau seorang ahli, tertakluk kepada persetujuan anda diperolehi, kami mungkin memberikan butiran yang berkaitan kepada agensi perekrutan, majikan dan badan pengajian atau profesional (cth. badan perakaunan lain) bagi tujuan untuk membantu anda untuk mencari pekerjaan yang sesuai sebaik sahaja anda memenuhi kelayakan. Kami juga akan memberikan maklumat berkaitan dengan penentusahan keahlian, latihan dan butiran kelayakan lain.

Penasihat profesional, pengawal selia dan penguasa undang-undang

ACCA mungkin mendedahkan data peribadi kepada penasihat profesional, penguasa undang-undang, badan profesional lain, pengawal selia lain atau pihak ketiga untuk menyiasat hal-hal berkenaan aduan dan disiplin, untuk penguatkuasaan atau pembelaan hak-hak yang sah atau sebaliknya, menurut kehendak undang-undang.

Berapa lamakah data saya akan disimpan?

Kami akan menyimpan butiran anda selagi ia diperlukan bagi tujuan tersenarai yang berkaitan dalam bahagian Mengapakah ACCA menyimpan maklumat tentang saya? di atas.

Kami mungkin juga menyimpan rekod tertentu atas sebab-sebab yang sah (termasuk selepas hubungan anda dengan ACCA tamat), sebagai contoh untuk menyelesaikan apa-apa potensi pertikaian, penyemakan silang ke atas permohonan keahlian akan datang dan mematuhi pelaporan dan kewajipan simpanan lain.

Untuk mendapatkan butiran tentang tempoh kami menyimpan data anda, anda boleh menyemak jadual simpanan data kami:

Jadual simpanan data

 

Tempoh simpanan (minimum)

Pengecualian tempoh simpanan

Bagi pelajar, ahli gabungan dan ahli (aktif dan terkawal) 

 

 

Kes melibatkan keputusan pengawalseliaan atau disiplin:
* Ringkasan kes tertutup

7 tahun selepas kematian atau 100 tahun selepas kelahiran

 

Kes melibatkan penemuan kawal selia atau disiplin:
* apa-apa dokumen lain: Catatan jawatan kuasa, transkrip perbicaraan dan sebagainya.

Penutupan kes + 7 tahun

Penghapusan segera jika berkaitan dengan Rehabilitation Act 1974 Order

Penyiasatan tetapi tiada sekatan termasuk ‘Rest on Files’ (RoF)
dan ditutup pada peringkat penilaian 

Penutupan kes + 5 tahun

 

Pertanyaan awal tetapi tiada siasatan

Keputusan + 1 tahun

 

Aktiviti pengamalan: pemantauan 

7 tahun selepas kematian atau 100 tahun selepas kelahiran


Tiada penghapusan jika firma atau mana-mana prinsipal memantaunya pada bila-bila masa masih lagi aktif. 
 
Sejajar dengan rangka masa kes dokumentasi (cth. laporan pemantauan) berkaitan dengan  sesebuah kes

Pemberian sijil atau kebenaran untuk mengamal 

7 tahun selepas kematian atau 100 tahun selepas kelahiran 

 

Rekod pelajar am (cth. Transkrip & peperiksaan dsb.)

7 tahun selepas kematian atau
100 tahun selepas kelahiran 

 

Rekod gabungan umum (cth. Rekod Pengalaman Profesional) 

7 tahun dari penyerahan Rekod Pengalaman Profesional Akhir ‘Professional Experience Records’ (PER) 

 

Rekod ahli umum kecuali sijil (cth. Rekod CPD dsb.)

7 tahun dari penyerahan Pembangunan Profesional Lanjutan ‘Continuous Professional Development’ (CPD)

Permohonan ahli & sijil 7 tahun selepas kematian atu 100 tahun selepas kematian 

 

Bekas pelajar, ahli gabungan dan ahli-ahli (sebelumnya dikawal selia)
Apa-apa penamatan hubungan kecuali kematian dan sekatan, cth. Peletakan jawatan 

 

 

Semua rekod

Tamat hubungan +
15 tahun

7 tahun selepas kematian atau 100 tahun selepas kelahiran bagi transkrip & peperiksaan & profil peribadi asas
Selaras dengan rangka masa kes jika dokumenasi (cth. laporan pemantauan) berkaitan dengan kes

 

Individu lain (bukan dikawal selia) 

 

 

Individu yang mempunyai kontrak perkhidmatan dengan ACCA seperti pembekal, penanda, pemeriksa, pembekal kandungan, penilai bebas dan sebagainya.

Tamat kontrak + 7 tahun

Jika maklumat mereka berkaitan dengan Tadbir urus, selagi kes tersebut berkaitan dengan

Kesemua rekod kepunyaan seseorang individu yang menunjukkan minat untuk menjadi bakal pelajar 

Pendaftaran bagi tarikh kepentingan atau tarikh mula hubungan + 2 tahun

 

Kesemua rekod kepunyaan seseorang individu yang memulakan permohonan untuk menjadi pelajar tetapi tidak melengkapkan permohonan sepenuhnya atau tidak menyerahkannya.

2 tahun selepas bermula tetapi tidak menyerahkan permohonan

 

Kesemua rekod kepunyaan seseorang individu yang memohon untuk menjadi pelajar tetapi telah ditolak

Tarikh penolakan + 7  tahun

 

Kesemua rekod milik seseorang individu yang memohon untuk menjadi pelajar tetapi permohonan mereka bagi keahlian masih tertangguh

Tarikh penangguhan + 7 tahun

 

Bagaimana pula dengan laman sesawang kami?

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kuki yang digunakan dalam laman sesawang kami, sila lihat notis privasi dan kuki laman sesawang kami.

Adakah ACCA tertakluk kepada Freedom of Information Act 2000 (FOIA)?

ACCA tidak tersenarai sebagai ‘badan awam’ bagi tujuan FOIA dan dengan itu tidak berkewajipan untuk mematuhi peruntukan FOIA.

Apakah hak-hak saya?

Hak-hak individu adalah bersyarat (bermaksud mereka mungkin tidak mempunyai hak-hak ini pada setiap masa, atau dalam kesemua keadaan), tetapi, secara amnya, hak-hak individu termasuk:

  • hak untuk mengakses atau mendapatkan salinan maklumat mereka
  • hak untuk pembetulan atau pengemaskinian
  • hak untuk mengadu (kepada pihak ACCA dan pengawal selia)
  • hak untuk membantah, menyekat atau menangguh
  • hak untuk dilupakan
  • hak untuk kemudahalihan data kepada pembekal lain
  • hak untuk mendapat pampasan atas kerugian atau kecemasan
  • hak-hak berkaitan dengan membuat keputusan berautomat (keputusan berasaskan mesin).

Jika anda ingin menuntut satu daripada hak ini, sila hubungi kami di:

ACCA,
Privacy Office,
Corporate Assurance,
The Adelphi,
1-11 John Adam Street,
London,
WC2N 6AU. 

Sebagai pilihan lain, anda boleh menghantar e-mel ke CEC.privacy.escalations@accaglobal.com, atau menelefon ke talian +44 (0)141 582 2000.

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan salinan data saya atau mengemaskinikan keutamaan saya?

Kami cuba untuk menyediakan perkhidmatan gaya swa khidmat, atau anda boleh melog masuk ke akaun anda untuk menyemak dan mengemas kini maklumat anda sendiri atau sebagai pilihan lain, anda boleh menelefon pusat hubungan kami.

Sebelum memberikan data peribadi anda kepada anda, kami mungkin memerlukan pengesahan pengenalan anda atau maklumat lanjut berkenaan data yang diminta untuk membantu ACCA mencari data peribadi anda.

Sila beritahu kami jika anda percaya mana-mana data yang kami simpan didapati tidak tepat atau jika anda ada kebimbangan lain berkenaan cara kami menggunakan data peribadi anda.

Hak-hak ini tertakluk kepada pengecualian tertentu yang mungkin diguna pakai, sebagai contoh, berkaitan dengan sesetengah hal-hal tingkah laku profesional dan mengakses skrip peperiksaan.

Anda boleh mengemas kini butiran hubungan dan pilihan menerima penerbitan dan komunikasi melalui myACCA atau dengan menghubungi pusat hubungan ACCA.

Siapakah yang akan membantu saya jika saya ada sebarang pertanyaan?

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau untuk mendapatkan bantuan lanjut untuk soalan yang lebih terperinci, atau jika anda ingin menuntut hak anda, sila hubungi privacy@accaglobal.com

Adakah kedudukan ACCA akan berubah?

Dari semasa ke semasa, kami akan menyemak semula dokumen ini, apabila kami membuat perubahan yang besar ke atas proses atau prosedur dan sistem, atau jika undang-undang dan peraturan.

Kami akan mengemas kini notis tersebut di sini dan mengambil usaha yang munasabah untuk menghubungi dan mengemas kini semua yang terlibat jika perubahan tersebut bersifat penting.

<Tarikh semakan akhir – Jun 2018 >

Lampiran pada notis perlindungan data ACCA bagi entiti gabungan ACCA

  • Association of Chartered Certified Accountants: Badan perakaunan profesional dan entiti operasi dan keahlian utama
  • Certified Accountant (Publications) Limited: menerbitkan majalah Accounting & Business
  • Certified Accountants Educational Trust: menerbitkan majalah Student Accountant and Finance Matters
  • Certified Accountants Educational Projects Ltd: menguruskan perkongsian maklumat bagi tujuan pemasaran
  • Chartered Certified Accountants' Benevolent Fund: Badan amal berdaftar yang membantu ahli-ahli dan keluarga ACCA dalam masa kesusahan (ini merujuk kepada kedua-dua Dana bukan diperbadankan dan syarikat amal bagi nama yang sama)
  • Association of Authorised Public Accountants: Badan perakaunan profesional bagi ahli-ahlinya
  • Pejabat Negara ACCA (syarikat luar negara, cawangan, wakil dan pejabat hubungan)
  • Simpson Scholarship Fund: Badan amal berdaftar yang menyediakan pembiayaan untuk membiayai pelajar ACCA untuk membantu yuran langganan dan peperiksaan
  • ACCA Ventures Ltd: menyedia kandungan tuisyen dalam talian melalui organisasi pekongsi.

Jika terdapat mana-mana yang tidak konsisten antara versi Bahasa Inggeris dan versi notis ini dalam mana-mana bahasa lain, versi Bahasa Inggeris harus dikekalkan.